Wednesday, December 2, 2015

Refleksi Tutorial 9

Aktiviti kelas tutorial pada minggu ke-12 ini ialah membentangkan hasil tugasan video yang telah diberikan. Setiap kumpulan telah mempersembahkan sebuah video yang menggunakan pelbagai jenis perisian dalam proses menghasilkan sesebuah video.

Kumpulan saya merupakan kumpulan terawal untuk mempersebahkan hasil video yang telah kami hasilkan. Selaku editor video tersebut, ingin dikongsikan di sini bahawa saya telah menggunakan tiga bentuk perisian iaitu iMovie, Sony Vegas dan Corel Video Studio. Manakala kumpulan lain telah menggunakan Powtoon, Movie Maker dan Viva Video.

Encik Mohd Daud selaku tutor juga telah menerangkan elemen-elemen yang perlu dihasilkan sekaligus yang mesti dihantar. Proses penghantaran hasil tugasan adalah melalui laman blog masing-masing.

Refleksi Kuliah Minggu Ke-11

Pengisian kuliah pada kali ini membincangkan mengenai penggunaan perisian digital yang dapat digunakan dalam proses pembelajaran di mana-mana institusi.

Antaranya ialah:
GetKaHoot





Terdapat banyak kelebihan menggunakan perisian digital ini termasuklah:
-mudah
-murah
-guna semula
-bantuan atas talian
-tatacara penggunaan atas talian
-berhubung mengikut kesesuaian antara pelajar dengan pensyarah

Refleksi Tutorial 8

Kelas tutorial kali ini lebih kurang sama dengan aktiviti tutorial yang lepas. Tutor kelas juga telah memeriksa perkembangan semasa tugasan-tugasan pelajar.

Refleksi Kuliah Minggu Ke-10

Perbincangan kuliah pada kali ini adalah mengenai penggunaan blog. Terdapat pelbagai laman yang dapat digunakan untuk membuat blog smada secara percuma ataupun berbayar.

Perkataan "Blog" berasal daripada perkataan "Web Blog". Blog boleh digunakan sebagai alat komunikasi dan bahan pembelajaran dalam pelbagai bidang.

Antara jenis-jenis blog adalah:
-Personal Blog
-Culture Blog
-Topic Blog
-Bussiness Blog
-Science Blog
-Moblog
-Collaborative Blog
-Elective Blog
-Educational Blog
-Forum Blog
-dll

Wednesday, November 18, 2015

Refleksi Tutorial 7

Minggu Ke-10

Aktiviti kelas tutorial pada kali ini lebih kepada pengisian kendiri. Kami di beri peluang untuk menyiapan tugasan yang telah diberikan. Persoalan yang timbul boleh ditanya kepada tutor iaitu Encik Mohd Yusof Daud.
Selain itu, kempulan saya dalam tugasan berkumpulan juga telah membuat perbincangan penambahbaikan mengenai tugasan penghasilan video dan artikel.

Refleksi Kuliah Minggu Ke-9

Kuliah pada minggu ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Khalid Bin Mohamad Nasir yang juga merupakan pembimbing ataupun tenaga pengajar dalam kursus pengajian ini. Beliau telah menerangkan kepada kami mengenai Multimedia.

Multimedia dari segi bahasa bermaksud berbilang perantara. Terdapat beberapa komponen di dalam multimedia antaranya ialah teks, video, grafik, animasi, audio dan interaktiviti. Multimedia mempunyai kepentingan yang banyak dalam kehidupan yang serba canggih ini serta boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang pekerjaan. Sebagai contoh yang terdekat adalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pendidikan sama ada di peringkat tinggi mahupun menengah.

Refleksi Tutorial 6

Minggu ke-9

Aktiviti pada hari ini adalah lebih kepada sesi soal jawab bersama tutor masing-masing secara individu. Sebarang persoalan yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberikan boleh diajukan persoalan kepada tutor.
Selain itu, tutor juga memastikan ataupun mengenalpasti sejauh mana penghasilan tugasan blog para pelajar terhasil.

Monday, November 9, 2015

Refleksi Kuliah Minggu Ke-8

Kuliah pada minggu ini telah disampaikan oleh Mejar Jasmy. Beliau telah menerangkan mengenai penggunaan video dalam pendidikan. Input yang saya perolehi pada hari itu adalah definisi video, format, ciri-ciri, kelebihan serta batasannya dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai format yang dapat kita temui pada tiap-tiap video yang dihasilkan. Antaranya ialah avi, dat, mpeg, 3gp dan sebagainya. Format ini boleh dilihat di penghujung setiap nama video.


Penggunaan video dalam pendidikan semestinya mempunyai banyak kelebihan seperti dapat menceritakan dan menggambarkan pergerakan, dapat menerangkan sesuatu proses, dan mampu mendramakan peristiwa. Terdapat banyak lagi kelebihan-elebihannya, namun penggunaanya juga mempunyai keterbatasan seperti kos penerbitan.

Refleksi Tutorial 5

Minggu ke-8
Aktiviti pada sesi ini adalah penghasilan sebuah video yang merupakan tugasan secara berkumpulan. Tugasan ini merangkumi 15% daripada markah keseluruhan.

Tutor kami, Encik Mohd Yusof Daud telah menerangkan serba sedikit mengenai salah satu 'software' yang dapat digunakan dalam proses menghasilkan sebuah video. Beliau telah menerangkan asas penggunaan 'Movie Maker'. Beliau menerangkan kepada kami langkah-langkah memasukkan rakaman asal video ke dalam perisian tersebut. Selain itu, beliau juga turut menerangkan langkah-langkah untuk memotong video, memasukkan audio dan memasukkan teks.

Berikut saya kongsikan tutorial 'Movie Maker'



You can download this software here
Try and explore this...you can be the best editor 

Thursday, November 5, 2015

Refleksi Kuliah Minggu Ke-7

Kuliah kali ini adalah berkaitan dengan ilmu ataupun asas fotografi yang mana ianya amat penting dan berguna serta digunakan dalam penghasilan tugasan-tugasan yang telah diberikan.











Refleksi Tutorial 4

Minggu ke-7
Aktiviti tutorial pada minggu ini pula adalah penghasilan blog iaitu merupakan tugasan individu yang merangkumi 10% markah keseluruhan. Tugasan penghasilan blog ini adalah ilmu baru yang saya peroleh. Terdapat pelbagai perisian yang dapat menghasilkan sesuatu blog seperti blogspot, weebly, dan Joomla.

Alhamdulillah, setakat ini saya telah belajar banyak ilmu teknologi yang mana ianya amat penting. Tutor saya juga banyak membantu saya dalam penghasilan blog  ini.

Wednesday, November 4, 2015

Refleksi Tutorial 3

Minggu ke-6
Aktiviti pada hari ini adalah menghasilkan satu artikel atau kerja kursus yang akan dihasilkan secara berkumpulan dan merangkumi 15% daripada 30% tugasan berkumpulan. Oleh itu, kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan ini turut digunakan dalam tugasan kumpulan yang lain iaitu tugasan penghasilan video.

Kumpulan kami telah memilih tajuk Penggunaan Aplikasi Learning Management System (LMS) dalam Pendidikan. Seterusnya, kami telah mengagihkan tugasan tersebut kepada beberapa bahagian dan setiap ahli kumpulan perlu mencari info yang berkaitan. 

Learning Management System (LMS) pada umumnya telah digunakan di beberapa universiti terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengguannan aplikasi ini amat membantu mahasiswa dalam aktiviti pengajian. Namun, penggunaan aplikasi ini belum lagi menyeluruh penggunaannya ke beberapa institusi pengajian yang lain.

Refleksi Tutorial 2

Minggu ke-5
Aktiviti kelas tutorial pada kali ini adalah memuat turun 10 file Youtube yang berkaitan dengan gadjet teknologi dan inovasi yang dapat digunakan dalam aktiviti pendidikan dan pengajaran. Kandungan Youtube tersebut juga hendaklah berkaitan dengan pengkhususan masing-masing iaitu mengikut bidang pengajian dan program.

Oleh itu, saya telah mencari file Youtube yang berkaitan dengan Pengajian Islam. Berikut saya sertakan satu daripada hasil carian saya.

 
 Pen Al-Quran

Video lain boleh dirujuk pada halaman Youtube Video

Refleksi Tutorial 1

Minggu ke-4
Tutorial pertama bagi subjek Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan.
Pengisian hari ini adalah penerangan mengenai tugasan yang akan dihasilkan oleh setiap pelajar baik secara individu mahupun secara berkumpulan. Tutorial ini dikendalikan oleh Encik Md Yusof Bin Daud selaku guru pembimbing saya sepanjang pengajian saya pada semester ini dalam subjek ini.

Tugasan individu merangkumi 30% dan tugasan secara berkumpulan juga merangkumi 30% daripada markah keseluruhan subjek ini.

Antara tugasan lain adalah mencari 10 keping gambar teknologi terkini beserta penerangan terhadap gambar tersebut. Tugasan ini merangkumi 5% daripada 30% markah individu.

Wednesday, October 21, 2015

Manfaat Teknologi Dalam Pendidikan

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit mengenai manfaat penggunaan teknologi dalam pendidikan lebih-lebih lagi dalam kehidupan yang serba moden ini. Oleh itu, sama-samalah kita saksikan video ringkas ini untuk pengetahuan kita pada masa ini dan masa akan datang.



Saya harap video ini mampu memberikan input yang berguna kepada kita semua. In Shaa Allah

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad ke-21

Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.

Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya.