Tugasan BBM

Bahan Bantu Mengajar  merupakan  kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses  menyampaikan pengajaran  pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. 

Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu ;
i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii)Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
iii)Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman

Tugasan kali ini adalah untuk menhasilkan sebuah modul bahan bantu mengajar yang bukan elektronik. Oleh itu, saya telah menghasilkan sebuah modul bahan bantu mengajar yang berbentuk mesra alam iaitu tempat simpanan 'water colour' semasa proses mewarna. Idea untuk menghasilkan modul ini adalah ekoran daripada terkumpulnya botol-botol terpakai.

Modul ini hanya memerlukan tiga bahan iaitu botol terpakai, gunting atau pemotong dan selotep. Ketiga-tiga bahan ini amat mudah didapati dan tidak memerlukan modal yang banyak. Tambahan lagi, masa yang diambil untuk menghasilkan modul ini hanyalah 30 minit sahaja.

Berikut saya sertakan gambar penghasilan modul:

 Bahan-bahan yang diperlukan

Potong bahagian atas botol kecil (spt dlm gambar) setiap satu kemudian lekatkan mengikut kreativiti pada bahagian botol besar (spt gambar di bawah)

Pandangan hadapan

Pandangan atas

Pandangan sisi kanan-atas

Pandangan sisi kiri-atas

Pandangan kiri-bawah

Pandangan kanan-bawah 




1 comment: