Wednesday, October 21, 2015

Manfaat Teknologi Dalam Pendidikan

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit mengenai manfaat penggunaan teknologi dalam pendidikan lebih-lebih lagi dalam kehidupan yang serba moden ini. Oleh itu, sama-samalah kita saksikan video ringkas ini untuk pengetahuan kita pada masa ini dan masa akan datang.



Saya harap video ini mampu memberikan input yang berguna kepada kita semua. In Shaa Allah

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad ke-21

Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.

Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya.