Wednesday, November 18, 2015

Refleksi Tutorial 7

Minggu Ke-10

Aktiviti kelas tutorial pada kali ini lebih kepada pengisian kendiri. Kami di beri peluang untuk menyiapan tugasan yang telah diberikan. Persoalan yang timbul boleh ditanya kepada tutor iaitu Encik Mohd Yusof Daud.
Selain itu, kempulan saya dalam tugasan berkumpulan juga telah membuat perbincangan penambahbaikan mengenai tugasan penghasilan video dan artikel.

Refleksi Kuliah Minggu Ke-9

Kuliah pada minggu ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Khalid Bin Mohamad Nasir yang juga merupakan pembimbing ataupun tenaga pengajar dalam kursus pengajian ini. Beliau telah menerangkan kepada kami mengenai Multimedia.

Multimedia dari segi bahasa bermaksud berbilang perantara. Terdapat beberapa komponen di dalam multimedia antaranya ialah teks, video, grafik, animasi, audio dan interaktiviti. Multimedia mempunyai kepentingan yang banyak dalam kehidupan yang serba canggih ini serta boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang pekerjaan. Sebagai contoh yang terdekat adalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pendidikan sama ada di peringkat tinggi mahupun menengah.

Refleksi Tutorial 6

Minggu ke-9

Aktiviti pada hari ini adalah lebih kepada sesi soal jawab bersama tutor masing-masing secara individu. Sebarang persoalan yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberikan boleh diajukan persoalan kepada tutor.
Selain itu, tutor juga memastikan ataupun mengenalpasti sejauh mana penghasilan tugasan blog para pelajar terhasil.

Monday, November 9, 2015

Refleksi Kuliah Minggu Ke-8

Kuliah pada minggu ini telah disampaikan oleh Mejar Jasmy. Beliau telah menerangkan mengenai penggunaan video dalam pendidikan. Input yang saya perolehi pada hari itu adalah definisi video, format, ciri-ciri, kelebihan serta batasannya dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai format yang dapat kita temui pada tiap-tiap video yang dihasilkan. Antaranya ialah avi, dat, mpeg, 3gp dan sebagainya. Format ini boleh dilihat di penghujung setiap nama video.


Penggunaan video dalam pendidikan semestinya mempunyai banyak kelebihan seperti dapat menceritakan dan menggambarkan pergerakan, dapat menerangkan sesuatu proses, dan mampu mendramakan peristiwa. Terdapat banyak lagi kelebihan-elebihannya, namun penggunaanya juga mempunyai keterbatasan seperti kos penerbitan.

Refleksi Tutorial 5

Minggu ke-8
Aktiviti pada sesi ini adalah penghasilan sebuah video yang merupakan tugasan secara berkumpulan. Tugasan ini merangkumi 15% daripada markah keseluruhan.

Tutor kami, Encik Mohd Yusof Daud telah menerangkan serba sedikit mengenai salah satu 'software' yang dapat digunakan dalam proses menghasilkan sebuah video. Beliau telah menerangkan asas penggunaan 'Movie Maker'. Beliau menerangkan kepada kami langkah-langkah memasukkan rakaman asal video ke dalam perisian tersebut. Selain itu, beliau juga turut menerangkan langkah-langkah untuk memotong video, memasukkan audio dan memasukkan teks.

Berikut saya kongsikan tutorial 'Movie Maker'



You can download this software here
Try and explore this...you can be the best editor 

Thursday, November 5, 2015

Refleksi Kuliah Minggu Ke-7

Kuliah kali ini adalah berkaitan dengan ilmu ataupun asas fotografi yang mana ianya amat penting dan berguna serta digunakan dalam penghasilan tugasan-tugasan yang telah diberikan.











Refleksi Tutorial 4

Minggu ke-7
Aktiviti tutorial pada minggu ini pula adalah penghasilan blog iaitu merupakan tugasan individu yang merangkumi 10% markah keseluruhan. Tugasan penghasilan blog ini adalah ilmu baru yang saya peroleh. Terdapat pelbagai perisian yang dapat menghasilkan sesuatu blog seperti blogspot, weebly, dan Joomla.

Alhamdulillah, setakat ini saya telah belajar banyak ilmu teknologi yang mana ianya amat penting. Tutor saya juga banyak membantu saya dalam penghasilan blog  ini.

Wednesday, November 4, 2015

Refleksi Tutorial 3

Minggu ke-6
Aktiviti pada hari ini adalah menghasilkan satu artikel atau kerja kursus yang akan dihasilkan secara berkumpulan dan merangkumi 15% daripada 30% tugasan berkumpulan. Oleh itu, kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan ini turut digunakan dalam tugasan kumpulan yang lain iaitu tugasan penghasilan video.

Kumpulan kami telah memilih tajuk Penggunaan Aplikasi Learning Management System (LMS) dalam Pendidikan. Seterusnya, kami telah mengagihkan tugasan tersebut kepada beberapa bahagian dan setiap ahli kumpulan perlu mencari info yang berkaitan. 

Learning Management System (LMS) pada umumnya telah digunakan di beberapa universiti terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengguannan aplikasi ini amat membantu mahasiswa dalam aktiviti pengajian. Namun, penggunaan aplikasi ini belum lagi menyeluruh penggunaannya ke beberapa institusi pengajian yang lain.

Refleksi Tutorial 2

Minggu ke-5
Aktiviti kelas tutorial pada kali ini adalah memuat turun 10 file Youtube yang berkaitan dengan gadjet teknologi dan inovasi yang dapat digunakan dalam aktiviti pendidikan dan pengajaran. Kandungan Youtube tersebut juga hendaklah berkaitan dengan pengkhususan masing-masing iaitu mengikut bidang pengajian dan program.

Oleh itu, saya telah mencari file Youtube yang berkaitan dengan Pengajian Islam. Berikut saya sertakan satu daripada hasil carian saya.

 
 Pen Al-Quran

Video lain boleh dirujuk pada halaman Youtube Video

Refleksi Tutorial 1

Minggu ke-4
Tutorial pertama bagi subjek Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan.
Pengisian hari ini adalah penerangan mengenai tugasan yang akan dihasilkan oleh setiap pelajar baik secara individu mahupun secara berkumpulan. Tutorial ini dikendalikan oleh Encik Md Yusof Bin Daud selaku guru pembimbing saya sepanjang pengajian saya pada semester ini dalam subjek ini.

Tugasan individu merangkumi 30% dan tugasan secara berkumpulan juga merangkumi 30% daripada markah keseluruhan subjek ini.

Antara tugasan lain adalah mencari 10 keping gambar teknologi terkini beserta penerangan terhadap gambar tersebut. Tugasan ini merangkumi 5% daripada 30% markah individu.